Gagap merupakan masalah pertuturan yang mana seseorang itu mengulang atau melambatkan perkataan, suku kata atau frasa ayat.
Seseorang yang mengalami masalah gagap sering tertekan kerana gagap menyukarkannya untuk bercakap dengan lancar dan yakin terutamanya jika diminta melakukan percakapan awam
(public speaking).
Gagap adalah perkara biasa ketika kanak-kanak mula belajar bercakap. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak dibesarkan terlepas daripada gagap sewaktu awal pertuturannya.
Bagi sesetengah di antara mereka, masalah ini memerlukan bantuan ahli profesional seperti terapi pertuturan. Jadi, amat penting jika ibu bapa tidak menambahkan tekanan terhadap anak mereka dengan memberi terlalu banyak perhatian kepada masalah yang mereka hadapi.
Apakah simptom gejala gagap?
* Mengalami masalah untuk memulakan sesuatu perkataan atau ayat.
* Berasa sangsi sebelum menuturkan sesuatu.
* Mengulangi bunyi, perkataan atau ayat
* Sesetengah pertuturan mungkin berlanjutan masa
* Ucapan mungkin terkeluar tiba-tiba
* Menyebut perkataan yang disertai dengan bunyi
* Kerap mengerlipkan mata (apabila cuba untuk bercakap)
* Bibir menggeletar (apabila cuba untuk bercakap)
* Kakinya tiba-tiba mengetuk (apabila cuba untuk bercakap)
* Kelihatan tercungap-cungap apabila bercakap
* Celahan, seperti perkataan 'uhm' digunakan kerap sebelum menuturkan bunyi-bunyi tertentu
Apa yang menyebabkan gagap?
Para pengkaji tidak pasti mengenai masalah ini. Apa yang kita tahu, seseorang itu
mengalami gagap apabila salah seorang keturunannya juga mengalami masalah gagap.
Faktor berikut juga mempengaruhi seseorang itu mengalami masalah gagap :
*
Perkembangan gagap. - bagi kanak-kanak yang baru memulakan percakapan sering
gagap semasa cuba bertutur terutamanya apabila percakapan dan kemahiran berbahasa
masih sedang berkembang serta kelajuan masih lagi berada pada peringkat perlahan.
Kebanyakan kanak-kanak mengalami pengalaman simptom gagap ini sedikit demi
sedikit sehingga perkembangan percakapan mereka fasih.
*
Neurogenik gagap - apabila isyarat di antara saraf otak dan percakapan serta otot
tidak bekerja dengan sempurna. Ini boleh mempengaruhi kanak-kanak, tetapi juga
boleh mempengaruhi orang dewasa akibat daripada serangan angin ahmar atau
kecederaan otak. Dalam kes yang jarang berlaku, neurogenik gagap adalah disebabkan
luka (tisu abnormal) di dalam kawasan motor percakapan dalam otak.
*
Faktor psikologi - psikologi merupakan sebab utama masalah gagap jangka panjang.
Faktor psikologi boleh menjadikan masalah gagap lebih buruk untuk sesiapa yang
mengalami masalah gagap, seperti tekanan, malu dan lain-laintetapi mereka tidak
umumnya dilihat sebagai faktor jangka panjang.
Sumber : Majalah Mami & baby 2011