keguguran, mesti kita akan tanya, 'buat D&C tak?'..,
Sebenarnya anda tahu tak bagaimana proses D & C dilakukan oleh pakar-pakar O & G?
Mari kita menyelami apa yang telah dialami oleh ibu-ibu yang keguguran, dan terpaksa
menjalani proses D&C.
Keguguran bermakna kematian janin. Ianya harus dikeluarkan supaya tidak berlaku
komplikasi didalam rahim.
D & C, juga dikenali sebagai pengembangan dan pengkuretan, adalah satu prosedur
pembedahan yang biasa dilakukan selepas trimester pertama keguguran. Pengembangan
bermakna untuk membuka serviks; pengkuretan bermakna untuk membuang saki baki
kandungan rahim. Pengkuretan dilakukan dengan mengikis dinding rahim menggunakan
alat kuret atau oleh pengkuretan secara sedutan (juga dikenali sebagai aspirasi vakum),
dengan menggunakan alat vakum.
Adakah D & C perlu dilakukan?
Kira-kira 50% daripada wanita yang keguguran tidak menjalani prosedur D & C.
Keguguran boleh berlaku dengan sendirinya, jika ada beberapa masalah dalam kehamilan
yang kurang 10 minggu.
Selepas 10 minggu, keguguran adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak lengkap, yang memerlukan satu prosedur D & C perlu dilakukan. Memilih sama ada untuk keguguran
secara semulajadi atau menjalani prosedur D & C sering pilihan peribadi, yang terbaik
diputuskan selepas bercakap dengan doktor O & G anda.
Selepas proses D & C, pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan ultrasound untuk melihat
jika masih ada saki baki janin dan kelongsongnya tertinggal didalam rahim.
Antara tanda-tanda masih terdapat saki baki janin adalah :
* Pendarahan yang tidak berhenti
* Demam
* Sakit bahagian ari-ari
Oleh itu jagalah kandungan anda diawal trimester pertama, banyakkan berehat dan melakukan
kerja-kerja yang ringan.
Sumber :
americanpregnancy.org
blog dr.zubaidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan