Tip keselamatan di eskalator
* Didik anak menggunakan eskalator dengan cara yang betul sejak dari awal lagi untuk
mengelakkan kemalangan dan mengubah persepsi mereka bahawa objek tersebut
bukan permainan.
* Cara yang betul menggunakan eskalator bersama anak ialah dengan memimpin kemas
tangan mereka dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangan anda memegang
rel eskalator.
* Beritahu mereka untuk memastikan kasut yang dipakai sentiasa berada didalam petak
kuning.
* Dukunglah si kecil yang masih tidak mampu atau tidak yakin menggunakan eskalator
sendiri, jangan dipaksa.
* Pastikan anak anda tidak berkaki ayam dan jika memakai kasut, pastikan tali kasut
mereka terikat kemas.
* Berikan perhatian ekstra sekiranya anak anda memakai kasut jenis bermuncung lembut
kerana muncung hadapan kasut jenis ini berisiko tinggi untuk tersepit.
* Pastikan anda menunjukkan contoh yang baik kepada si kecil. Elakkan dari meletakkan
barangan pada rel atau duduk di atas anak tangga eskalator.
* Ajar mereka untuk melangkah masuk dan keluar pada anak tangga dengan cepat ketika
menggunakan eskalator. Elakkan duduk lama di penghujung eskalator selepas turun
supaya tidak menghalang laluan orang di belakang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan