Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang
dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan
Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui
sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister)
dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan
alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang
dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di
mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya
menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu,
segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh
menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.
Bagi memastikan keberkesanan
langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian
Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i) | Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah. |
ii) | Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak. |
iii) | Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti
pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan
mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian
Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu
Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua
dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di
alamat URL: http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan. Sumber : Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan