Jumaat, 15 Julai 2011

Tip menidurkan anak pada waktu siang



1. Sentiasa menidurkan anak walaupun hari sebelumnya dia enggan.
   Jangan putus asa walaupun dia berdegil. Tetapkan waktu tidur pada setiap hari agar
   anak anda secara langsung akan terikut dengan rentak tersebut. Apabila tiba masanya,
   anak akan tahu bila masanya untuk berehat. Sekiranya anak tidak mempunyai rutim
   tidur yang tetap, kemungkinan tubuhnya tidak dapat menerima keperluan waktu tidur
   itu secara semulajadi.

2. Amalkan waktu tidur yang konsisten. Lakukan aktiviti yang boleh membantu anak
    relaks dan bersedia untuk tidur. Sekiranya aktiviti tersebut dilakukan setiap hari
    sebelum tidur, ini akan menjadi panduan kepada anak bahawa waktu tidur telah tiba.
   Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyanyi, membaca cerita, mendodoi,
   menyusu atau mendendangkan alunan muzik.

3. Kekalkan rentak waku tidur. Tubuh manusia memiliki rentak tertentu. Anak anda
    juga mempunyai rentak kehidupan pada siang hari mahupun malam. Tubuh mereka
   akan menjangkakan bila masanya sesuatu akan dilakukan. Sebahagiannya mudah
   terlena tetapi dengan adanya rutin tidur yang konsisten. Ia dapat membantu mereka
   tidur lebih cepat.

4. Sekiranya ingin mengubah waktu tidurnya, perhatikan perkembangan dirinya
    untuk beberapa hari. Kenalpasti waktu bilakah anak keletihan atau menagntuk.
    Selepas itu, bolehlah diubahsuai kepada waktu yang sesuai.

Sumber : Mama Moden keluaran Dis 2004/Jan 2005 : Bayi & Tatih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan