Rabu, 16 Oktober 2013

TIPS MENYUSUKAN BAYI

Artikel ni diambil dari buku 'Hebatnya Susu Ibu' oleh Puan Rita Rahayu Omar keluaran
Karangkraf.
Mungkin ada ibu-ibu yang tak beli buku ini, tapi memang saya sarankan pada semua
ibu-ibu muda yang baru menjadi ibu, agar beli buku ini kerana banyak maklumat yang
kita dapat berkaitan penyusuan susu ibu.

Tips menyusukan bayi



* Sokong payudara dengan ibu jari diatas dan empat jari di bawahnya. Biarkan jari
   dibahagian areola (bahagian berwarna lebih gelap di sekeliling puting). Anda mungkin
   perlu mengampu payudara sepanjang penyusuan, terutamanya pada peringkat awal
   atau kiranya payudara anda besar.

* Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting anda untuk menggalakkan dia membuka
   mulutnya dengan luas.

* Peluk bayi rapat dengan keseluruhan badannya menghadap anda. Apabila bayi
   membuka mulutnya dengan luas, segera dan dengan lembut tolak bahagian belakang
   bahunya supaya kepalanya bergerak ( dalam keadaan sedikit mendongak ) ke arah
   payudara. Anda harus sentiasa fikirkan untuk membawa bayi kepada payudara anda
   dan bukannya payudara anda kepada bayi.

* Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan sebahagian besar areola ke dalam
   mulutnya. bayi tidak harus melekap hanya pada puting sahaja. Ingat, bayi menyusu
   di payudara, bukan diputing.

* Perhatikan bahawa bibir bayi terjuih keluar (bukan tersepit atau terlipat ke bawah)
   relaks dan mulutnya harus menutupi hampir keseluruhan kawasan areola. Sekiranya
   anda tidak dapat memastikan sama ada bibirnya terjuih atau tidak, tekan perlahan
   bahagian bawah dagunya untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit. Lidahnya
   harus menekap di bawah payudara anda.

* Anda mungkin dapat melihat rahang bayi bergerak ke depan dan ke belakang dan
   bunyi menelan dalam pic rendah. Hidung dan dagu bayi mungkin menyentuh
   payudara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan