Selasa, 19 November 2013

Tekanan atau Stress

Hari ni admin berada di pejabat kesihatan negeri jadi nak kongsi berkenaan dengan gejala Stress atau Tekanan.

Apakah gejala stres?
a) Gelisah
b) Risau keterlaluan
c) Gangguan tidur
d) Kurang tumpuan kerja
e) Cepat marah

Apa yang menyebabkan kita stres? Stres adakalanya berpunca dari :
a) Masalah kewangan
b) Menunggu lama
c) Konflik Rumahtangga
d) Kena buli
e) Rasa rendah diri
f) Beban kerja
g) Penyakit fizikal
h) Kesesakan lalu lintas
i) Persekitaran yang tidak selesa
j) Tragedi

10 punca stres diatas yang perlu ditangani oleh mereka yang stres iaitu dengan mengamalkan Penawar Stres

a) Bertenang
b) Bernafas dengan dalam
c) Berkata : Relakslah
d) Beribadat
e) Bercakap dengan seseorang
f) Berurut
g) Berehat & mendengar muzik
h) Beriadah
i) Bersenam
j) Berfikiran positif

Tangani Stres anda dan senyumlah selalu


Rabu, 16 Oktober 2013

TIPS MENYUSUKAN BAYI

Artikel ni diambil dari buku 'Hebatnya Susu Ibu' oleh Puan Rita Rahayu Omar keluaran
Karangkraf.
Mungkin ada ibu-ibu yang tak beli buku ini, tapi memang saya sarankan pada semua
ibu-ibu muda yang baru menjadi ibu, agar beli buku ini kerana banyak maklumat yang
kita dapat berkaitan penyusuan susu ibu.

Tips menyusukan bayi



* Sokong payudara dengan ibu jari diatas dan empat jari di bawahnya. Biarkan jari
   dibahagian areola (bahagian berwarna lebih gelap di sekeliling puting). Anda mungkin
   perlu mengampu payudara sepanjang penyusuan, terutamanya pada peringkat awal
   atau kiranya payudara anda besar.

* Lalukan atau rapatkan bibir bayi dengan puting anda untuk menggalakkan dia membuka
   mulutnya dengan luas.

* Peluk bayi rapat dengan keseluruhan badannya menghadap anda. Apabila bayi
   membuka mulutnya dengan luas, segera dan dengan lembut tolak bahagian belakang
   bahunya supaya kepalanya bergerak ( dalam keadaan sedikit mendongak ) ke arah
   payudara. Anda harus sentiasa fikirkan untuk membawa bayi kepada payudara anda
   dan bukannya payudara anda kepada bayi.

* Bayi akan memasukkan keseluruhan puting dan sebahagian besar areola ke dalam
   mulutnya. bayi tidak harus melekap hanya pada puting sahaja. Ingat, bayi menyusu
   di payudara, bukan diputing.

* Perhatikan bahawa bibir bayi terjuih keluar (bukan tersepit atau terlipat ke bawah)
   relaks dan mulutnya harus menutupi hampir keseluruhan kawasan areola. Sekiranya
   anda tidak dapat memastikan sama ada bibirnya terjuih atau tidak, tekan perlahan
   bahagian bawah dagunya untuk menarik agar bibirnya terjuih sedikit. Lidahnya
   harus menekap di bawah payudara anda.

* Anda mungkin dapat melihat rahang bayi bergerak ke depan dan ke belakang dan
   bunyi menelan dalam pic rendah. Hidung dan dagu bayi mungkin menyentuh
   payudara.

Sabtu, 12 Oktober 2013

ABC Monsters

ABC Monster adalah satu siri pembelajaran keluaran Animasia Studio yang menerbitkan
siri kartun seperti Bola Kampung dan Supa Striker.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Rancangan ini bercorak
Adventure, Comedy & Edutainment.
Rancangan ini disiar pada hari sabtu dan ahad pada pukul 6.00pagi di Channel Cartoon
Network.
Bagi yang suka browse internet boleh layari di http://www.abc-monsters.com/
Ada banyak aktiviti untuk kanak-kanak yang baru mengenal huruf .
Bantulah anak anda dalam meneroka alam pembelajaran yang menyeronokkan ini.



Selamat Menonton

JALAN SESAK CUTI AIDIL ADHA?

Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 15hb October 2013 iaitu
hari selasa, rasanya dah ramai yang mula balik kampung pada hari ini sabtu 12 oct 2013.
Untuk mempastikan perjalanan anda lancar, saya letakkan jadual perjalanan yang telah
dibuat oleh PLUS MALAYSIA BERHAD. Klik SINI.
Jadi, dapat lah kita merancang waktu yang sesuai untuk balik kampung, agar tidak
terperangkap di dalam kesesakan.

' Have a safe journey '

Jumaat, 11 Oktober 2013

Anak suka makan jajan?

'Saya susah hati la tengok anak saya suka makan jajan..kalau balik dari taska anak saya 
mesti minta belikan jajan chikedis..'

Apa yang ibu kene buat adalah dengan melatih anak dengan membeli makanan ringan 
(jajan)yang berkhasiat seperti roti atau biskut, jangan beli cikedis seperti twisties dan yang
seumpamanya. Rasa memang sedap tetapi tak de khasiat. Kalau anak tarik muka, nasihat la
dengan baik. Bagitahu anak-anak kata jajan yang sedemikian tidak elok untuk otak kita dan
nanti kita tidak sihat kalau kerap makan jajan.

Anak saya juga sebelum ini suka makan makanan ringan, tetapi saya telah diperkenalkan
sejenis minuman yang berkhasiat iaitu MealShake Keluaran Shaklee . Klik DISINI.
Sejak minum Mealshake ni anak saya dah kurang minta belikan makanan ringan sebab
nanti bila balik rumah, dorang minta saya buatkan. Alhamdulillah anak saya mendapat
setiap keperluan vitamin yang ada didalam mealshake ini. Jadi, ibu-ibu semua boleh
la mencuba. Tak kenal maka tak cinta.

Kalau nak cuba, browse fb ni www.facebook.com/healthyliving

Selamat mencuba..

Ahad, 15 September 2013

Anak Kencing Malam

Ibu mana yang tak risau kalau anak yang sudah berumur 8 tahun masih kencing malam,
Adakah penyakit kencing malam ini disebabkan keturunan atau masalah pada pundi kencing?






Kanak-kanak sepatutnya sudah tidak kencing malam sejak berusia 4 tahun.
Walaubagaimanapun ada segelintir kanak-kanak yang masih mengalami kencing
malam.

Terdapat dua jenis kencing malam :

a) Primary kanak-kanak tersebut tidak pernah kencing pada waktu malam sejak dari
    kecil lagi

b) Secondary kanak-kanak tersebut sudah tidak kencing pada waktu malam apabila
    menjangkau umur 4 tahun tetapi kencing semula pada waktu malam 2 - 3 tahun
    kemudian.

Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami masalah pertama. Ini selalunya tidak
merbahaya dan ia disebabkan oleh kelewatan kematangan pundi kencing dan akan
pulih dengan sendiri. Faktor keturunan jugaadalah salah satu penyebab. Jika ibubapa
pernah mengalami masalah yang sama semasa mereka kecil, anak mereka juga boleh
mengalami masalah tersebut.

Jenis kedua iaitu secondary selalunya disebabkan oleh penyakit lain seperti jangkitan
kuman pada air kencing atau diabetes. Adalah dinasihatkan agar membawa anak berjumpa
dengan doktor supaya pemeriksaan selanjutnya dapat dijalankan.


Sumber : Majalah Pa&Ma julai 2005 : Tanya pakar kanak-kanak (Dr. Roliza Ibrahim)

Sabtu, 14 September 2013

D & C DILATION AND CURETTAGE

Saya pasti ramai yang biasa dengar perkataan D & C, bila kawan-kawan kita mengalami
keguguran, mesti kita akan tanya, 'buat D&C tak?'..,
Sebenarnya anda tahu tak bagaimana proses D & C dilakukan oleh pakar-pakar O & G?

Mari kita menyelami apa yang telah dialami oleh ibu-ibu yang keguguran, dan terpaksa
menjalani proses D&C.

Keguguran bermakna kematian janin. Ianya harus dikeluarkan supaya tidak berlaku
komplikasi didalam rahim.

D & C, juga dikenali sebagai pengembangan dan pengkuretan, adalah satu prosedur 
pembedahan yang biasa dilakukan selepas trimester pertama keguguran. Pengembangan 
bermakna untuk membuka serviks; pengkuretan bermakna untuk membuang saki baki 
kandungan rahim. Pengkuretan dilakukan dengan mengikis dinding rahim menggunakan 
alat kuret atau oleh pengkuretan secara sedutan (juga dikenali sebagai aspirasi vakum)
dengan menggunakan alat vakum.



Adakah D & C perlu dilakukan? 

Kira-kira 50% daripada wanita yang keguguran tidak menjalani prosedur D & C. 
Keguguran boleh berlaku dengan sendirinya, jika ada beberapa masalah dalam kehamilan  
yang kurang 10 minggu.  
Selepas 10 minggu, keguguran adalah lebih cenderung untuk menjadi tidak lengkap, yang memerlukan satu prosedur D & C perlu dilakukan. Memilih sama ada untuk keguguran  
secara semulajadi atau menjalani prosedur D & C sering pilihan peribadi, yang terbaik 
diputuskan selepas bercakap dengan doktor O & G anda.

Selepas  proses D & C, pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan ultrasound untuk melihat 
jika masih ada saki baki janin dan kelongsongnya tertinggal didalam rahim.

Antara tanda-tanda masih terdapat saki baki janin adalah : 
* Pendarahan yang tidak berhenti
* Demam
* Sakit bahagian ari-ari




Oleh itu jagalah kandungan anda diawal trimester pertama, banyakkan berehat dan melakukan
kerja-kerja yang ringan.



Sumber :
americanpregnancy.org
blog dr.zubaidi