Selasa, 14 Mei 2013

Cabaran Utama Menjadi Seorang Ibu

Apakah cabaran anda sebagai seorang ibu?
 Mendapatkan masa untuk diri sendiri
 Masa untuk pasangan (spouse or partner)
 Imbangan keluarga dan kerjaya
 Handling the pressure to be a perfect mom
 Risau terhadap anak-anak
 Being able to afford life with children
 Teaching my children values 
     (Solat and mengaji Quran for muslim, nilai-nilai murni)
 Not having enough help or support
 Disciplining my children
 Dealing with family drama
 Other
 None of the above

Sabtu, 11 Mei 2013

Cara-cara nak bedung bayi

Bagi yang bakal menjadi ibubapa, video ini sangat berguna untuk anda

Selamat menonton!!.




Khamis, 9 Mei 2013

Pemakanan Semasa Laktasi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Mengehadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol
  • Aktiviti - Menyeimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian
 Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?

Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau. Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium. Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah–buahan (oren, betik, kiwi) Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi
Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Suplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
  • 87 % daripada susu ibu adalah air.
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
  • Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas bersalin?
    • Makanan 'sejuk' - kangkung, tauge, kubis, timun, betik,nangka
    • Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
    • Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
    • Makanan 'tajam' - nanas
    • Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
  • Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  • Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja
  • Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.
 Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan: 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin:
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • ⅓ capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)

















Penyakit Tangan Kaki Dan Mulut (HFDM)

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:
i)  Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.
ii) Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.
iii) Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL: http://www.moh.gov.my/v/garis-panduan.

 Sumber : Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

Jumaat, 3 Mei 2013

LANGKAH KESELAMATAN DI ESKALATOR

Tip keselamatan di eskalator

* Didik anak menggunakan eskalator dengan cara yang betul sejak dari awal lagi untuk
   mengelakkan kemalangan dan mengubah persepsi mereka bahawa objek tersebut
   bukan permainan.

* Cara yang betul menggunakan eskalator bersama anak ialah dengan memimpin kemas
   tangan mereka dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangan anda memegang
   rel eskalator.

* Beritahu mereka untuk memastikan kasut yang dipakai sentiasa berada didalam petak
   kuning.

* Dukunglah si kecil yang masih tidak mampu atau tidak yakin menggunakan eskalator
   sendiri, jangan dipaksa.

* Pastikan anak anda tidak berkaki ayam dan jika memakai kasut, pastikan tali kasut
   mereka terikat kemas.

* Berikan perhatian ekstra sekiranya anak anda memakai kasut jenis bermuncung lembut
   kerana muncung hadapan kasut jenis ini berisiko tinggi untuk tersepit.

* Pastikan anda menunjukkan contoh yang baik kepada si kecil. Elakkan dari meletakkan
   barangan pada rel atau duduk di atas anak tangga eskalator.

* Ajar mereka untuk melangkah masuk dan keluar pada anak tangga dengan cepat ketika
   menggunakan eskalator. Elakkan duduk lama di penghujung eskalator selepas turun
   supaya tidak menghalang laluan orang di belakang.