Jumaat, 15 Julai 2011

Tip menidurkan anak pada waktu siang



1. Sentiasa menidurkan anak walaupun hari sebelumnya dia enggan.
   Jangan putus asa walaupun dia berdegil. Tetapkan waktu tidur pada setiap hari agar
   anak anda secara langsung akan terikut dengan rentak tersebut. Apabila tiba masanya,
   anak akan tahu bila masanya untuk berehat. Sekiranya anak tidak mempunyai rutim
   tidur yang tetap, kemungkinan tubuhnya tidak dapat menerima keperluan waktu tidur
   itu secara semulajadi.

2. Amalkan waktu tidur yang konsisten. Lakukan aktiviti yang boleh membantu anak
    relaks dan bersedia untuk tidur. Sekiranya aktiviti tersebut dilakukan setiap hari
    sebelum tidur, ini akan menjadi panduan kepada anak bahawa waktu tidur telah tiba.
   Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menyanyi, membaca cerita, mendodoi,
   menyusu atau mendendangkan alunan muzik.

3. Kekalkan rentak waku tidur. Tubuh manusia memiliki rentak tertentu. Anak anda
    juga mempunyai rentak kehidupan pada siang hari mahupun malam. Tubuh mereka
   akan menjangkakan bila masanya sesuatu akan dilakukan. Sebahagiannya mudah
   terlena tetapi dengan adanya rutin tidur yang konsisten. Ia dapat membantu mereka
   tidur lebih cepat.

4. Sekiranya ingin mengubah waktu tidurnya, perhatikan perkembangan dirinya
    untuk beberapa hari. Kenalpasti waktu bilakah anak keletihan atau menagntuk.
    Selepas itu, bolehlah diubahsuai kepada waktu yang sesuai.

Sumber : Mama Moden keluaran Dis 2004/Jan 2005 : Bayi & Tatih

Jumaat, 1 Julai 2011

Set Bersalin

Terdapat beberapa produk set bersalin yang ada di pasaran. Kesemuanya mempunyai khasiat
yang tersendiri, dimana ibu-ibu boleh membuat pilihan dengan mengunjungi booth-booth produk dan berjumpa dengan pakar produk tersebut. Antara produk yang menjadi pilihan adalah :

1. Set Bersalin Salindah
    keluaran eraedar




2. Set Bersalin Sendayu Tinggi : Ammy




 3. Set Bersalin Leesa Formula


4. Set Bersalin Amway : Post Natal Care




    Kebanyakan produk yang dinyatakan di atas juga ada dijual secara online.

Senarai Hospital yang berdekatan

SELANGOR

Hospital Kerajaan
1. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang

Hospital Swasta
1. Selangor Medical Centre, (Hospital KPJ)
    Shah Alam
2. Darul Ehsan Medical Centre
    Shah Alam
3. Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya
    http://www.simedarbyhealthcare.com/
4. Hospital Columbia Asia
    http://www.columbiaasia.com/
5. Sunway Medical Centre
    http://www.sunway.com.my/
6. Kajang Plaza Medical Centre
    Kajang
7. Pantai Klang Specialist Medical Centre
    Klang
8. Putra Medical Centre
    Sg. Buloh
9. Damansara Specialist Hospital
    Petaling Jaya
10. Hospital Pakar Ampang Puteri
      Ampang.

NEGERI SEMBILAN

Hospital Kerajaan
1. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban

Hospital Swasta
1. Hospital Columbia Asia, Seremban 2
2. Salam Medical Centre, Senawang
3. Hospital Bersalin Sukhilmi, Senawang
4. Hospital Mawar, Seremban

Disenaraikan beberapa hospital yang berdekatan dengan kediaman anda bagi memudahkan para
ibu-ibu yang hamil membuat pilihan hospital yang dirasakan bersesuaian bagi tempat untuk bersalin.